Thursday, May 22, 2008

Cinta yang Cinta




Semarak jiwa membakar perasaan

Membara membakar asap kepiluan

Sedang angin cinta sentiasa bertiup

Melayangkan kenangan yang hampir pupus

Menanam kesetiaan ke dasar kebencian

Sedang telah kulempar ke dasar kejujuran

Jauh dilubuk cinta yang merana

Tidakku ingin menjadi bunga

Jika kau kumbang yang menghisap madu

Bukan lebah seribu penawar

Yang membawa berita baik pada

Sejuzuk kesakitan

Biarlah aku menjadi akar

Menghidupkan sebatang kalbu yang kian mati

Menjulang pucuk ke puncak ketenangan

Menunaskan sekucil harapan

Membuahkan setandan semangat

Desir Alam membisikkan kalimat

Terngiang-ngiang di cuping kesedaran

Mana dapat kita hidup

Jika tiada cinta yang hidup

Pada diri kita sendiri

Mana dapat kubahagikan cinta

Jika tiada cinta yang hidup

Pada diri kita sendiri

Cinta pada diri sendiri

Yang hadir dari Cinta-Nya

Kalam Pena :IbnuRaman
Langkawi 28 Ogos 2000

No comments: